Dalam ranjau kehidupan yang penuh berliku, walaupun masih kabur tentang erti hidup, kehidupan tetap perlu diteruskan.
sebagai anak gelanggang (anak silat), aku melalui jalan keangkuhan, kegagahan dan kerakusan mencari ilmu duniawi hingga terlupa itu semua hanya dipinjamkan oleh-Nya. bermula dengan ilmu fizikal aku masuk ke ilmu batin. sehingga hanyut mencari kekebalan, kekuasaan dan sebagainya.
ibu gayung, besi kursani, silat batin dan macam-macam lagi. aku pernah merasa kebal, tak lut parang mencatok kepalaku, baru blajar 2 hari. esoknya dah ada mangsa kena pukul dengan aku, dengan 1 tumbukan saja dia terpelanting jauh dari aku. haha..senang saja aku terpedaya dengan ilmu ilmu sebegini.
aku tak mengatakan ilmu-ilmu ini salah. aku tak berani mengatakan ilmu ini sesat. sebaliknya aku menyalahkan diri ku sendiri. dalam kerakusan mencari ilmu sebegini. aku terlupa milik siapakah semuanya ini. kekebalan dan kekuasaan menyebabkan aku lupa segalanya.
kenapa semua ini berlaku kepada aku? bagi aku mudah sahaja. aku tidak mengenal tuhanku.kata beriman kepada Allah tapi masih mengikut nafsu yang jahat? apakah itu beriman kepada Allah yang maha berkuasa tetapi kita sedikit pun tak peka dengan kekuasaan Nya? kalau seseorang yang gagah sebut nama nya saja kita dah gerun,tapi kalau orang menceritakan kekuasaan Allah dalam satu satu ceramah agama, kita yang mendengarnya siap boleh berborak-borak, bergurau-gurau dan sebagainya. adakah kita takut dengan tuhan kita?kita tak solat kerana takutkan mak ayah marah, bukan sebab takutkan Allah, kita tak mencuri kerana takutkan polis bukan kerana takutkan Allah. singa dihutan lagi kita takutkan daripada Allah yang sentiasa sangat sangat dekat dengan kita. sebab itulah rasanya aku lebih memilih nafsu dari mengikut suruhan Allah.maka teringat aku sepotong ayat yang pernah aku baca 'awaludin makrifatullah' perkataan ini lah yang menyebabkan aku sering tertanya-tanya..bagaimanakah untuk aku mengenal Allah?sedangkan aku tak pernah melihatnya?
Apakah erti solat pula? bagaimana kita bersolat kalau singa lagi kita takutkan berbanding Allah yang Maha besar yang mencipta segala-galanya. nak dijadikan cerita, tergerak hati nak mengikuti majlis ilmu di surau yang menceritakan 'kemanisan solat' . tapi aku selama ini tak merasakan langsung kemanisan tu. solat nak laju macam kilat, rukun semua main langgar. tu pon kadang-kadang solat ikut rajin dengan malas je. kadang-kadang tak ingat langsung nak solat walaupun azan berkumandang 5 kali sehari, satu kali pon aku tak ingat nak solat. solat amat berat bagi aku.benda ini semua terlintas dalam fikiran aku dan tergeraklah hati nak bertanyakan soalan ini pada sahabat aku.
'apa itu kusyuk dalam solat?' tersenyum kawan aku mendengar soalan aku..lalu dihulurkan satu kitab yang halaman pertama tertulis
'sembahyanglah kamu seolah-olah kau melihat Aku, jika kau tidak melihat, Aku Allah dapat melihat kamu'
jadi persoalannya macam mana aku nak melihat Allah sedangkan Allah tak berupa mana-mana mahluk, tak bertempat bermasa dan arah? bermula dengan inilah aku mula mencari cari, banyak bertanya. lagi banyak aku bertanya lagi banyak persoalannya..
Atas hidayah berikan Allah kepada diri ku, terjawab lah sedikit demi sedikit persoalan persoalan yang selama ini terlintas di kepala ku..kekebalan , kekuasaan dan lain lain yang pernah aku tuntut macam tak bermakna lagi.tapi demi Allah aku tak pernah salahkan ilmu-ilmu dunia yang aku belajar..kerana ia bagi aku adalah salah satu petunjuk dari Allah kejalan benar.. kerana aku dah jumpa apa yang aku mahukan sebenarnya walaupon belom bertemu sepenuhnya tetapi aku akan cuba mendapatkannya. hati pula rasa tenang..sangat tenang yang belum pernah aku rasakan sebelum ini...walaupun banyak yang aku tak tahu lagi tapi aku mula faham erti sebenar hidup, tanggungjawab sebagai hamba, erti solat, erti iman dan sebagainya..Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan..aku bersyukur dengan apa yang kau kurniakan Ya Allah...Ya Allah lindungilah aku dan ampunilah dosa-dosa silamku..
perjalanan masih jauh.banyak dugaan dugaan..mungkin Allah banyak bertanyakan tentang SABAR dan IKHLAS...harap aku dapat terus meniti tali dengan tabah...semoga di permudahkan..amin...