mungkin akal bertanya kepada mata yang celik siapa Allah sedangkan si mata yang celik tak dapat menzahirkanNya. mata mencari-cari di mana Allah sedangkan tempat dan masa itu diciptakanNya, adakah Dia bertempat dan berubah-ubah mengikut masa sedangkan Dia yang menciptakannya? mungkin soalan ini perlu berbalik kepada hati...tapi hati ini hampir buta dengan dosa-dosa silam.hati telah mabuk dengan dunia yang fana ini. mampukah ia menjawap?maka hidup ini terlalu bergantung kepada mata yang celik dan akal yang waras. maka hanyutlah kita.
mungkin inilah sebabnya ada yang memilih menyembah objek-objek kerana ia di zahirkan dan dekat dengan mata untuk dilihat. di sebabkan kejahilan tertutuplah hijab yang menunjukkan bahawa Allah sebenarnya sangat sangat hampir dan sentiasa berada dengan kita. deria menjadi buta untuk merasakan kekuasaanNya, tidak bersyukur dan sering melupakanNya.

hati yang hampir buta ada ubatnya,untuk berubat ada syaratnya. biar pun bersyarat ada usahanya. usaha pula perlu ada sabarnya. persoalannya mampukah aku mengubatinya?mencelik kan hati yang hampir hampir buta?
mungkin aku sudah ada jawapannya,mungkin juga sudah tahu caranya,mungkin usaha dan praktikalnya kurang dan hatiku masih belum sembuh dan masih kabur. cuma dapat aku berpesan kepada hatiku bersabarlah dan berdoalah kerana kita adalah hambaNya yang berharap.
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.
barang siapa yang mengenal diri ini nescaya kenallah ia dengan Tuhannya.
mungkin selama ini aku terlalu banyak bertanya dengan si mata dan si akal dan aku banyak tertipu, kini aku rasa sampailah saat aku bertanya pada si hati walaupun ia perlu disembuhkan dahulu.
hadith menyatakan Allah ada di setiap hati orang mukmin. aku harap dapat terus beramal mendekatkan diri dengan Tuhan ku. dan bertanya kan hati, insyaAllah hati tidak akan menipu, kerana ia sangat hampir dengan Allah. mata dan akal dan lain-lain tidak juga menipu kerana Allah sentiasa bersama kita semua. tapi kejahilan yang menyebabkan kita alpa. tapi mungkin hati ini ada keistimewaannya kerana ia dapat melihat "DIRI". maka bertanyalah kepada DIRI, kerana diri kenal akan tuhanNya, kerana ia berasal dari sana, dari maha pencipta dan maha besar. dia mengetahui kerana ia datang dari yang Maha mengetahui, Ia bijak kerana ia datang dari yang Maha Bijaksana
jika mengenal diri, maka hancurlah jasad yang di agungkan selama ini. Hidup lah diri yang mempunyai tujuan,
Harap aku dapat mengenal "Diri" yang sebenar benarnya "Diri" dan mengutamakan dan tidak mengabaikan ia dalam segala urusan didunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi kerana ia kekal kerana di kekalkan.kita di dunia tak ada apa-apa yang dapat dibanggakan. kerana semua adalah milik yang Maha Esa, kita hanya meminjam nya untuk sementara waktu. bila bercerai ruh dan jasad hanya "bekal" yang dibawa untuk hari perhitungan.

Salam Maulidur Rasul semua.
sekadar berkongsi, aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menceritakan perkara ini. tapi penulisan ini sebenarnya adalah untuk mengingatkan diriku sendiri dan selebihnya yang baik adalah untuk iktibar.
No comments:
Post a Comment