adv

Wednesday, August 11, 2010

kafir mengkafir? - part 2

Congratulation!!
user ryujimitsui has officially been blocked by this bloger.
not just that,some of his comments are also been deleted by him.

huh! 
so i dont want to waste my time anymore debating something using new nick with this useless coward.
btw, hes a lecturer at UTM and i wonder how he teach his students everyday.
dah la delete comments, lepas tu tuduh aku penyokong KE?aku bukan peminat KE, aku just tak sokong cara dia...dia ni tak reti membace ke?hehe

let me share with you guys what the comments that has been deleted by this coward.

ryujimitsui wrote today at 8:56 PM
"Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad. Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan berbagai latar yang lain. Mungkin dia tidak bermaksud, mungkin dia tersasul, mungkin dia jahil dan seumpamanya. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H)"

“Sesungguhnya ucapan yang menjadikan seseorang itu kufur ialah seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan haji. Namun, pengucapan itu mungkin kerana khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut) tidak sampai kepadanya. Jika perkara itu berlaku, dia tidak dianggap kafir. Contohnya, golongan yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pedalaman yang jauh sehinggakan syariat Islam tidak sampai kepadanya.” (Majmu’at al-Fatawa, jil: 2, ms: 220.)

Maka, tidak boleh dikafirkan seseorang melainkan setengah berlakunya iqamah al-Hujjah iaitu penegakan hujah atau dalil. Setelah didapati dia melanggar batasan Iman dan Islam, hendaklah dijelaskan hakikat ilmu yang sebenarnya dan ditegakkan dalil-dalil yang kukuh kepadanya sehingga dia jelas. Selepas itu, jika dia masih berdegil, dan perkataan atau perbuatan tidak boleh ditafsirkan lagi melainkan membawa kekufuran barulah hukum tersebut boleh dijatuhkan kepadanya. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir.

Menurut Imam Abu Ja’afar al-Thahawi rahimahullah:
Kita tidak mengkafirkan seorangpun ahlul kiblat karena dosa-dosa yang dilakukan, selama dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.

kafir terbahagi kepada beberapa bahagian, dan dalam menghukum seseorang itu kafir kita kena selidik dulu. sebab itu tuhan yang maha mengetahui saja yang boleh menghukum kafir tanpa perlu selidik. tapi kita manusia ini perlu melalui beberapa peringkat untuk menjatuhkan kafir kepada seseorang itu.
Pertama: Baligh dan berakal.
Kedua: Perbuatan kafir dilakukan dengan sengaja.
Ketiga: MENASIHATI <--- ini apa?
Keempat: Perbuatan diukur dari segi zahirnya.
Kelima: Kekafiran memiliki cabang-cabangnya. - Contohnya mengatakan Nabi Isa as. adalah anak tuhan atau tuhan itu bertiga (Trinity) jelas mengeluarkan pelakunya dari Islam. Sedangkan peminum arak atau penzina hanya dihukumi sebagai seorang yang fasiq (pelaku dosa besar),

jika hanya berpandukan beberapa kerat ayat al-quran, abg tak boleh nk mengkafirkan dia. sebab abg bukan lah tuhan yang maha mengetahui!!

jangan delete jika abg betul orang yang memperjuangkan agama! dakwah nabi bukanlah dakwah secara dayus dan menyembunyikan kebenaran

           
edit delete reply
ryujimitsui wrote today at 9:30 PM
dari sumber2 yang saya beri diatas, tu yang menguatkan hujah saya..
ya saya memang tak tahu tauhid macam ape yang abg tau..saya juga tak tahu akidah macam ape yang abg tahu....saya hambaNya yang jahil..
lagi baik menjadi jahil dari berilmu dan angkuh/riak dan menyesatkan orang.

rasanya abg mesti pernah dengar hadis ini
‘Dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika ia baik baiklah segalanya dan jika buruk, buruklah segalanya, ketahuilah ia adalah hati’.

jika hati masih menyembah Allah, insyaAllah ada lagi sinar yang mengerakkan angota lain sujud kepadaNya..oleh itu jangan la nk mengkafirkan dia sesuka hati kerana kejahilan tp nasihat lah kerana kejahilan dia...
menasihati orang secara tak langsung menasihati dan mengingatkan pada diri kita sendri.
menunduh orang secara tak langsung menuduh diri sendri.

harap abg jangan delete, berbincang secara ilmiah baru kebenaran tersingkap.

p/s : thanks to those who has supported me especially anon who share me those links.

2 comments:

Saya Budak Baik said...

ado part 3 x? mcm bes je citer samarinda ne.. hehehhe

RyuJi said...

part 3 tak ada la..da kene block..hahha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails