adv

Showing posts with label islam for all. Show all posts
Showing posts with label islam for all. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Ketenangan Abadi

Dalam ranjau kehidupan yang penuh berliku, walaupun masih kabur tentang erti hidup, kehidupan tetap perlu diteruskan.

sebagai anak gelanggang (anak silat), aku melalui jalan keangkuhan, kegagahan dan kerakusan mencari ilmu duniawi hingga terlupa itu semua hanya dipinjamkan oleh-Nya. bermula dengan ilmu fizikal aku masuk ke ilmu batin. sehingga hanyut mencari kekebalan, kekuasaan dan sebagainya.

ibu gayung, besi kursani, silat batin dan macam-macam lagi. aku pernah merasa kebal, tak lut parang mencatok kepalaku, baru blajar 2 hari. esoknya dah ada mangsa kena pukul dengan aku, dengan 1 tumbukan saja dia terpelanting jauh dari aku. haha..senang saja aku terpedaya dengan ilmu ilmu sebegini.

aku tak mengatakan ilmu-ilmu ini salah. aku tak berani mengatakan ilmu ini sesat. sebaliknya aku menyalahkan diri ku sendiri. dalam kerakusan mencari ilmu sebegini. aku terlupa milik siapakah semuanya ini. kekebalan dan kekuasaan menyebabkan aku lupa segalanya.

kenapa semua ini berlaku kepada aku? bagi aku mudah sahaja. aku tidak mengenal tuhanku.kata beriman kepada Allah tapi masih mengikut nafsu yang jahat? apakah itu beriman kepada Allah yang maha berkuasa tetapi kita sedikit pun tak peka dengan kekuasaan Nya? kalau seseorang yang gagah sebut nama nya saja kita dah gerun,tapi kalau orang menceritakan kekuasaan Allah dalam satu satu ceramah agama, kita yang mendengarnya siap boleh berborak-borak, bergurau-gurau dan sebagainya. adakah kita takut dengan tuhan kita?kita tak solat kerana takutkan mak ayah marah, bukan sebab takutkan Allah, kita tak mencuri kerana takutkan polis bukan kerana takutkan Allah. singa dihutan lagi kita takutkan daripada Allah yang sentiasa sangat sangat dekat dengan kita. sebab itulah rasanya aku lebih memilih nafsu dari mengikut suruhan Allah.maka teringat aku sepotong ayat yang pernah aku baca 'awaludin makrifatullah'  perkataan ini lah yang menyebabkan aku sering tertanya-tanya..bagaimanakah untuk aku mengenal Allah?sedangkan aku tak pernah melihatnya?

Apakah erti solat pula? bagaimana kita bersolat kalau singa lagi kita takutkan berbanding Allah yang Maha besar yang mencipta segala-galanya. nak dijadikan cerita, tergerak hati nak mengikuti majlis ilmu di surau yang menceritakan 'kemanisan solat' . tapi aku selama ini tak merasakan langsung kemanisan tu. solat nak laju macam kilat, rukun semua main langgar. tu pon kadang-kadang solat ikut rajin dengan malas je. kadang-kadang tak ingat langsung nak solat walaupun azan berkumandang 5 kali sehari, satu kali pon aku tak ingat nak solat. solat amat berat bagi aku.benda ini semua terlintas dalam fikiran aku dan tergeraklah hati nak bertanyakan soalan ini pada sahabat aku.

'apa itu kusyuk dalam solat?' tersenyum kawan aku mendengar soalan aku..lalu dihulurkan satu kitab yang halaman pertama tertulis

'sembahyanglah kamu seolah-olah kau melihat Aku, jika kau tidak melihat, Aku Allah dapat melihat kamu'

jadi persoalannya macam mana aku nak melihat Allah sedangkan Allah tak berupa mana-mana mahluk, tak bertempat bermasa dan arah? bermula dengan inilah aku mula mencari cari, banyak bertanya. lagi banyak aku bertanya lagi banyak persoalannya..

Atas hidayah berikan Allah kepada diri ku, terjawab lah sedikit demi sedikit persoalan persoalan yang selama ini terlintas di kepala ku..kekebalan , kekuasaan dan lain lain yang pernah aku tuntut macam tak bermakna lagi.tapi demi Allah aku tak pernah salahkan ilmu-ilmu dunia yang aku belajar..kerana ia bagi aku adalah salah satu petunjuk dari Allah kejalan benar.. kerana aku dah jumpa apa yang aku mahukan sebenarnya walaupon belom bertemu sepenuhnya tetapi aku akan cuba mendapatkannya. hati pula rasa tenang..sangat tenang yang belum pernah aku rasakan sebelum ini...walaupun banyak yang aku tak tahu lagi tapi aku mula faham erti sebenar hidup, tanggungjawab sebagai hamba, erti solat, erti iman dan sebagainya..Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan..aku bersyukur dengan  apa yang kau kurniakan Ya Allah...Ya Allah lindungilah aku dan ampunilah dosa-dosa silamku..
perjalanan masih jauh.banyak dugaan dugaan..mungkin Allah banyak bertanyakan tentang SABAR dan IKHLAS...harap aku dapat terus meniti tali dengan tabah...semoga di permudahkan..amin...

Sunday, February 27, 2011

The Message 1976


A good movie to be watched by the muslim/non muslim seriously. the story of Islam where Muhammad as the Messenger of Allah to the whole mankind. no need CGI or good sound system to produce this, lots of information resides will surely top-up your knowledge. in my point of view, i really love the character of Saidina Hamzah who sacrifices everything for Allah and His messenger. He was a great warrior after all, no wonder hes greatly  known as Hamzah the lion of Allah.

My advice to Malaysian film industry is, please stop producing CITE HANTU, CITE JONGANG, CITE JULING, CITE KEPAM or what so ever. you should try this genre at least.with this kind of movies, there is a moral and knowledge inside  that can develop our society, play your roles, dont misused it and dont just only think about money.

p/s : did you know, the producers of this film is a muslim and he took almost 7 years to produce this for us. this was a passion they put to make this movie has the quality inside. 

SAY NO to Hantu, Kepam, jongang, juling dan lain lain yang seangkatan dengan nye..producer film Malaysia tak pergi sekolah ke? movie  mcm dari orang tak educated langsung..

Tuesday, February 15, 2011

Pentas dunia

Semakin hari, semakin mencabar jalan yang perlu di tempuh oleh ku, kadang-kadang macam rasa macam mimpi yang panjang. tapi kita kena tahu tujuan matlamat hidup kita, siapa kita di dunia ini. kerana itu adalah jawapan bahawa hidup di dunia bukanlah mimpi yang panjang semata-mata. Hidup dan mati di dunia di tentukan Allah, ada jangka waktu bagi setiap manusia di dunia ini. terpulang kepada kita untuk mengaturkannya. mata yang celik belum tentu dapat mengenal erti hidup. akal yang waras terlalu bergantung kepada logik untuk berfikir.

mungkin akal bertanya kepada mata yang celik siapa Allah sedangkan si mata yang celik tak dapat menzahirkanNya. mata mencari-cari di mana Allah sedangkan tempat dan masa itu diciptakanNya, adakah Dia bertempat dan berubah-ubah mengikut masa sedangkan Dia yang menciptakannya? mungkin soalan ini perlu berbalik kepada hati...tapi hati ini hampir buta dengan dosa-dosa silam.hati telah mabuk dengan dunia yang fana ini. mampukah ia menjawap?maka hidup ini terlalu bergantung kepada mata yang celik dan akal yang waras. maka hanyutlah kita.


mungkin inilah sebabnya ada yang memilih menyembah objek-objek kerana ia di zahirkan dan dekat dengan mata untuk dilihat. di sebabkan kejahilan tertutuplah hijab yang menunjukkan bahawa Allah sebenarnya sangat sangat hampir dan sentiasa berada dengan kita. deria menjadi buta untuk merasakan kekuasaanNya, tidak bersyukur dan sering melupakanNya.

hati yang hampir buta ada ubatnya,untuk berubat ada syaratnya. biar pun bersyarat ada usahanya. usaha pula perlu ada sabarnya. persoalannya mampukah aku mengubatinya?mencelik kan hati yang hampir hampir buta?

mungkin aku  sudah ada jawapannya,mungkin juga sudah tahu caranya,mungkin usaha dan praktikalnya kurang dan hatiku masih belum sembuh dan masih kabur. cuma dapat aku berpesan kepada hatiku bersabarlah dan berdoalah kerana kita adalah hambaNya yang berharap.

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

barang siapa yang mengenal diri ini nescaya kenallah ia dengan Tuhannya.

mungkin selama ini aku terlalu banyak bertanya dengan si mata dan si akal dan aku banyak tertipu, kini aku rasa sampailah saat aku bertanya pada si hati walaupun ia perlu disembuhkan dahulu.

hadith menyatakan Allah ada di setiap hati orang mukmin. aku harap dapat terus beramal mendekatkan diri dengan Tuhan ku. dan bertanya kan hati, insyaAllah hati tidak akan menipu, kerana ia sangat hampir dengan Allah. mata dan akal dan lain-lain tidak juga menipu kerana Allah sentiasa bersama kita semua. tapi kejahilan yang menyebabkan kita alpa. tapi mungkin hati ini ada keistimewaannya kerana ia dapat melihat "DIRI". maka bertanyalah kepada DIRI, kerana diri kenal akan tuhanNya, kerana ia berasal dari sana, dari maha pencipta dan maha besar. dia mengetahui kerana ia datang dari yang Maha mengetahui, Ia bijak kerana ia datang dari yang Maha Bijaksana


jika mengenal diri, maka hancurlah jasad yang di agungkan selama ini. Hidup lah diri yang mempunyai tujuan, 


Harap aku dapat mengenal "Diri" yang sebenar benarnya "Diri" dan mengutamakan dan tidak mengabaikan ia dalam segala urusan didunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi kerana ia kekal kerana di kekalkan.kita di dunia tak ada apa-apa yang dapat dibanggakan. kerana semua adalah milik yang Maha Esa, kita hanya meminjam nya untuk sementara waktu. bila bercerai ruh dan jasad hanya  "bekal" yang dibawa untuk hari perhitungan. 


Salam Maulidur Rasul semua.

sekadar berkongsi, aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menceritakan perkara ini. tapi penulisan ini sebenarnya adalah untuk mengingatkan diriku sendiri dan selebihnya yang baik adalah untuk iktibar.

Tuesday, January 11, 2011

Bahagia dunia dan Akhirat

Last week Dato Hassan Din bagi ceramah dalam TV,

kalau nak bahagia di dunia dan Akhirat, dalam sehari ada 24jam, maka bahagikan 1/3 untuk dunia, 1/3 untuk manusia dan 1/3 lagi untuk Allah...insyaAllah bahagia dunia dan akhirat katanya yang berdasarkan petikan dari ulama tasauf.

maknanya 24jam bahagi 3 = 8 jam

8jam = untuk Dunia
8jam = untuk Manusia
8jam = untuk Allah


simple calculation but it kept me wondering that day...
hmmm...

how about if we are about to die/just die when spending our time untuk manusia atau dunia?
there is something behind that should be well interpreted, mungkin masa tak cukup untuk dia perjelaskan benda ni kot

lillahi taala..is what we need in everything we do everyday
kerana Allah taala..merangkumi semuanya..

8jam + 8jam + 8jam =24 jam
24 jam = 1hari
1 hari = lillahi taala
1 hari untuk mengingat Allah bukan saje dalam solat. tetapi dalam segala hal.

berkawan kerana Allah, membantu kerana Allah, bekerje kerana Allah dan lain-lain lagi..

so terfikir lagi..
Mampukah aku..
hmmm

Ya Allah jangan lah kau matikan aku dalam keadaan kufur dan tidak beriman...amin.

Friday, October 1, 2010

ADIL kah tuhanKu yang Maha Adil?

p/s my wife asked me to paste what have i wrote on her blog here. actually i dont have enough time to frequently update this blog like what i did before. therefore she suggested me to paste something here. so it will make me looks sooo rajinn...hahha
copied from cikybum.blogspot.com



Hidup di dunia yang fana ini adalah derita bagi orang muslim. banyak dugaan yang perlu di tempuh sebagai ujian terhadap kesetiaan pada janji yang kita ucapkan kepada pencipta. amar makruf nahi mungkar panji yang dibawa sebelum kita berperang di alam dunia yang penuh pancaroba .berbekalkan dengan berkat kalimah tauhid & dakwah laa ila haa illallah yang mengalir didalam urat muhammad dalam tubuh badan kita, kita cuba harungi dugaan ini walaupun ia amat memeritkan.

tapi dalam keadaan dunia yang sudah hampir ke penghujung zaman, manusia lupa tentang apa yang di lafazkan termasuklah aku.huhu..lagi-lagi bila kena bala aku memang menyumpah seranah orang yang bawak bala tu, rasa macam nak gigit je tengkok die padahal mungkin Allah sedang menguji hambanya. kadang-kadang bile aku buat baik kat orang-orang sekeliling, dorang buat dajal kat aku pulak. aku tolong orang tu die tikam aku plak dari belakang. ape semua itu? manakah tuhan yang maha adil?adilkah tuhan yang maha Adil itu?
pernah gak aku diuji dengan bapak mertua aku tentang keadilan Allah.

ayah aku kata " kalau tuhan tu maha adil kenapa di cipta Habil dan Qabil berbeza sifatnya, kenape sorang pembunuh dan sorang pula dibunuh?"

aku tak tau nak menjawabnye..

ayah aku tanye lagi " kenape pulak Allah ciptakan syurga dan neraka sedangkan Allah tu Maha penyayang, kenapa tak cipta semua baik je semuanya semua masuk syurga, kan adil tu?"

ayah aku macam nak cuba uji aku dengan soalan-soalan yang memeningkan kepala aku sendiri.

aku mungkin tak ada jawapan tentang pertanyaan yang di diberikan oleh ayah mertua aku tu. secara zahirnya naluri(logic akal) manusia aku memang Allah tak adil pada aku. tapi hati aku masih berkata tidak..Allah adalah adil, Allah maha adil! mungkin itulah yang disuarakan oleh imanku yang lemah..alhamdullillah setakat ini biarpun secara logic akal aku byk rasa kekurangan pada apa yang dikurniakan Allah. tapi hati aku masih berkata Alhamdullillah dengan apa yang di anugerahkan.

soalan ayah aku memang selalu bermain di fikiranku. kadang-kadang aku duduk termenung mencari jawapan. duduk depan pc aku google apa maksudnya maha adil bg Allah, aku buka kitab sifat-sifat 20 yang diberikan guru tasaufku. akhirnya aku menemui jawapan setelah merujuk pada al-fakir illallah sahabat ku.jawapan yang diberikan cukup membuatkan aku berasa malu terhadap tuhanku. terima kasih sahabat kerana membantuku mencari jawapan. al-fakir blog tekan sini

tetibe aku ter flash bank kezaman lampau mase saat2x aku kecik-kecik, anugerah yang paling hebat oleh Al Rahman , Allah telah mengurniakan aku pasangan ibu bapa yang terhebat di dunia, mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri untuk kebahagiaan anak-anaknya walaupun ada sorang anak angkat dalam keluarga kami iaitu Noraain(hehehe ain abg gurau je). kasih sayang mereka curahkan memang tak ada tolok bandingnya di dunia ini.

dalam hati ku berkata " tak bersyukur lagi ke Mohd Hafiz dengan apa yang dikurniakan? ko buta kah Mohd Hafiz dengan pemberiannya?adakah ini bukan maha penyayang?adakah ini bukan maha adil?"

aku teruskan lagi sesi mengimbas masa lampau dimana aku debesarkan dengan cukup makan dan pakai. ayahku sanggup memakai baju lusuh untuk pergi ke pejabat, bertahun-tahun dia memakai baju recycle sedangkan anak-anaknya dapat baju baru setiap tahun untuk kesekolah. bukan itu aje, tiap-tiap raye sorang akan dapat baju raye yang masih segar bau kedainye"

dalam hatiku berkata " ape kau buta Mohd Hafiz dengan segala limpah rahmatnya keatas diri kau" kau masih tak reti bersyukur?

perjalanan flash back aku tiba di penghujung dimana aku telah dijodohkan dengan Siti Nadiah, seorang isteri yang baik, mendengar kate, pandai menjaga kehormatan diri, beragama dan paling penting dia amat menyayangi ku sebagai seorang suaminya. (puji lelebih skit dengan harapan die blanje pizza hari ni)

hati ku berkata lagi "tak tau lagi ape itu syukur mohd hafiz?siapa kau untuk mempertikaikan segala kehendaknya?

perjalanan back to the future aku tamat dan aku kembali ke alam nyate. sekarang ini aku sering marah2x kalau ada orang cari pasal dengan aku. aku bengang dengan orang, bengang dengan kete orang besar2x gedabak..aku selalu complaint itu complaint ini. padahal ia secara tidak langsung menunjukkan ketidak puasan hati kepada kehendak Allah.

aku menyelidikki diri ini perlahan-lahan, siapa manusia ini?siapakah diri ini?
inilah jawapan yang aku dapat.

manusia ini adalah hamba yang lemah, pemikiran serta deria manusia ada hadnya kecuali diberikan karamah oleh Allah swt. bagaimana kita manusia yang adil dimata manusia boleh menghakimi Allah yang MAHA adil? apakah maksud Maha itu sebenarnye? sesungguhnya Allah itu Maha adil, Maha itu maksudnya terlalu halus untuk kita manusia menghakimi keadilanya.

Maha itu bermakna terlalu teliti sehingga kita manusia yang jahil merasakan bahawa ia tidak adil bagi diri kita. 
Maha penyayangnya Ya Allah sehingga kita manusia yang jahil merasakan Allah tidak menyayangi kita. kerana hati kita buta untuk merasa dan menikmati kasih sayangNya.

cuba fikir sejenak - jika Allah itu tidak penyayang tidak dia menciptakan syurga, dan jika Allah tidak Adil tidak dia menciptakan neraka sebagai amaran kepada hambanya yang ingkar.

jika manusia menjadi tuhan - adilnya manusia dari segi logic akal - dia akan menciptakan semuanya hidup senang, semuanya menjadi raja yang berkuasa, semuanya menjadi kaya raya, tidak ada seorang pon yang menderita- itukah adil dari sudut pandangan manusia?

tapi tidak bagi Allah yang esa. Adilnya Allah adalah maha adil sehinggakan dia menciptakan kita dengan pelbagai sifat, perangai, ada yang kaya, ada yang miskin,ada yang menderita ada yang hidup senang lenang di istana. kenapa? kerana MAHA ADIL itu terlalu halus untuk ditafsir/di ukur oleh manusia jahil seperti kita. kalau semuanya menjadi raja siapa yang akan menjadi petani untuk raja makan hari-hari?sapa yang nak memerintah kalau semuanya diciptakan menjadi petani?bagaimanakah rupanya dunia ini jika semuanya menjadi raja?seimbangkah dunia ini?

semua ini tak dapat diukur oleh manusia walaupun bagi seorang hakim yang sangat adil dimata manusia lain.
sekarang ini aku terasa amat bersyukur, perlahan-lahan aku bertasauf mengenali siapa diriku ini. apa tugas kita di dunia ini? mengenali diri ini untuk tahu apa hubungan kita dengan Allah swt.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapaku, berikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan juga akhirat. Ya Allah berikanlah keberkatan ke atas mereka Ya Allah, jauhilah mereka dari bencana mu Ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa ku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat.limpahkan lah rezekimu ya Allah,

Ya ALlah ampunilah dosa isteriku Ya Allah, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya, limpahkanlah rezekimu ya Allah

Ya Allah kurniakan kami zuriat yang soleh,solehah, cukup sifat, baik berbudi pekerti, berguna kepada agama bangsa dan negara ya Allah

Ya Allah peliharalah rumah tangga kami, sinari lah rumah tangga kami agar kami dapat merasa ketenangan, jauhilah kami dari syak wasangka yang boleh memusnahkan rumah tangga kami Ya Allah

Ya Allah ampunikan lah dosa adik bradik kami, berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka ya Allah
Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayahmu kepada kami insan yang lemah ya Allah
Ya Allah janganlah ko matikan kami semua dalam keadaan kufur dan syirik ya Allah.
sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang dan juga maha adil.

amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails