adv

Tuesday, March 22, 2011

Ketenangan Abadi

Dalam ranjau kehidupan yang penuh berliku, walaupun masih kabur tentang erti hidup, kehidupan tetap perlu diteruskan.

sebagai anak gelanggang (anak silat), aku melalui jalan keangkuhan, kegagahan dan kerakusan mencari ilmu duniawi hingga terlupa itu semua hanya dipinjamkan oleh-Nya. bermula dengan ilmu fizikal aku masuk ke ilmu batin. sehingga hanyut mencari kekebalan, kekuasaan dan sebagainya.

ibu gayung, besi kursani, silat batin dan macam-macam lagi. aku pernah merasa kebal, tak lut parang mencatok kepalaku, baru blajar 2 hari. esoknya dah ada mangsa kena pukul dengan aku, dengan 1 tumbukan saja dia terpelanting jauh dari aku. haha..senang saja aku terpedaya dengan ilmu ilmu sebegini.

aku tak mengatakan ilmu-ilmu ini salah. aku tak berani mengatakan ilmu ini sesat. sebaliknya aku menyalahkan diri ku sendiri. dalam kerakusan mencari ilmu sebegini. aku terlupa milik siapakah semuanya ini. kekebalan dan kekuasaan menyebabkan aku lupa segalanya.

kenapa semua ini berlaku kepada aku? bagi aku mudah sahaja. aku tidak mengenal tuhanku.kata beriman kepada Allah tapi masih mengikut nafsu yang jahat? apakah itu beriman kepada Allah yang maha berkuasa tetapi kita sedikit pun tak peka dengan kekuasaan Nya? kalau seseorang yang gagah sebut nama nya saja kita dah gerun,tapi kalau orang menceritakan kekuasaan Allah dalam satu satu ceramah agama, kita yang mendengarnya siap boleh berborak-borak, bergurau-gurau dan sebagainya. adakah kita takut dengan tuhan kita?kita tak solat kerana takutkan mak ayah marah, bukan sebab takutkan Allah, kita tak mencuri kerana takutkan polis bukan kerana takutkan Allah. singa dihutan lagi kita takutkan daripada Allah yang sentiasa sangat sangat dekat dengan kita. sebab itulah rasanya aku lebih memilih nafsu dari mengikut suruhan Allah.maka teringat aku sepotong ayat yang pernah aku baca 'awaludin makrifatullah'  perkataan ini lah yang menyebabkan aku sering tertanya-tanya..bagaimanakah untuk aku mengenal Allah?sedangkan aku tak pernah melihatnya?

Apakah erti solat pula? bagaimana kita bersolat kalau singa lagi kita takutkan berbanding Allah yang Maha besar yang mencipta segala-galanya. nak dijadikan cerita, tergerak hati nak mengikuti majlis ilmu di surau yang menceritakan 'kemanisan solat' . tapi aku selama ini tak merasakan langsung kemanisan tu. solat nak laju macam kilat, rukun semua main langgar. tu pon kadang-kadang solat ikut rajin dengan malas je. kadang-kadang tak ingat langsung nak solat walaupun azan berkumandang 5 kali sehari, satu kali pon aku tak ingat nak solat. solat amat berat bagi aku.benda ini semua terlintas dalam fikiran aku dan tergeraklah hati nak bertanyakan soalan ini pada sahabat aku.

'apa itu kusyuk dalam solat?' tersenyum kawan aku mendengar soalan aku..lalu dihulurkan satu kitab yang halaman pertama tertulis

'sembahyanglah kamu seolah-olah kau melihat Aku, jika kau tidak melihat, Aku Allah dapat melihat kamu'

jadi persoalannya macam mana aku nak melihat Allah sedangkan Allah tak berupa mana-mana mahluk, tak bertempat bermasa dan arah? bermula dengan inilah aku mula mencari cari, banyak bertanya. lagi banyak aku bertanya lagi banyak persoalannya..

Atas hidayah berikan Allah kepada diri ku, terjawab lah sedikit demi sedikit persoalan persoalan yang selama ini terlintas di kepala ku..kekebalan , kekuasaan dan lain lain yang pernah aku tuntut macam tak bermakna lagi.tapi demi Allah aku tak pernah salahkan ilmu-ilmu dunia yang aku belajar..kerana ia bagi aku adalah salah satu petunjuk dari Allah kejalan benar.. kerana aku dah jumpa apa yang aku mahukan sebenarnya walaupon belom bertemu sepenuhnya tetapi aku akan cuba mendapatkannya. hati pula rasa tenang..sangat tenang yang belum pernah aku rasakan sebelum ini...walaupun banyak yang aku tak tahu lagi tapi aku mula faham erti sebenar hidup, tanggungjawab sebagai hamba, erti solat, erti iman dan sebagainya..Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan..aku bersyukur dengan  apa yang kau kurniakan Ya Allah...Ya Allah lindungilah aku dan ampunilah dosa-dosa silamku..
perjalanan masih jauh.banyak dugaan dugaan..mungkin Allah banyak bertanyakan tentang SABAR dan IKHLAS...harap aku dapat terus meniti tali dengan tabah...semoga di permudahkan..amin...

3 comments:

Idyani Nazahiah said...

aku like post ko ni. sbb sepanjang 26 thn aku hidup kat dunia ni..aku rasa baru kenal Allah tu masa aku 25 thn. lmbatnye aku nk tau bahawa Allah tu sentiasa ada dgn kita, cuma kita yg tak pernah nak ambik tahu atau peduli.

perjalanan masih jauh, byk benda yg aku sendiri tak tau baik buruknya lagi.byk tanda soal lg.doakan aku bertemu guru yg ko sebut2 tu pis!

selama itu, aku harap..ko akan terus ingatkan aku.saling memperingati..sbb dlm mengenal kita mudah lupa.itu salah satu cabaran, nak tau keutuhan kita bila dikurniakan hidayah walaupn sebesar zarah.mudah-mudahan apa yg kita jumpa dpt kita pertahankan.amin.

RyuJi said...

huhu..btul tu ko rajin bace kat internet2x pasal bende2x gini bahaye gak..kene ade rujukan...semoge ko bertemu nnt..

semoge cepat kawin..insyaAllah kite semua sama2x berubah..ahha

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails